Thursday, August 27, 2009

Wasiat 1

Daripada Haris Al Ashaari r.a. berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkan Yahya bin Zakaria a.s. dengan lima perkataan untuk dijadikan amalan, dan memerintahkan Bani Israel beramal pula dengannya, dan ( ). Maka berkatalah kepadanya Isa a.s.: Sesungguhnya Allah Taala memerintahkan kamu dengan lima perkataan untuk dijadikan amalan dengannya dan supaya kamu memerintahkan Bani Israel beramal dengannya. Samada kamu sendiri yang memerintahkan mereka, atau aku sendiri yang memerintahkan mereka. Maka Yahya a.s. berkata: Aku bimbang, sekiranya engkau mendahului daku dalam hal itu, aku akan disingkir atau diseksa. Maka berhimpunlah orang ramai di sekitar Baitul Maqdis. Maka di berkata: Sesungguhnya Allah Taala memerintahkan daku dengan lima perkara supaya aku beramal dengannya dan memerintahkan daku agar mengajak kamu supaya beramal juga dengannya,

Pertama: Kamu hendaklah menyembah Allah dan tidak sekali-kali mensyirikkanNya dengan sesuatu. Sesungguhnya perumpaan orang yang menyekutukan Allah adalah seperti seorang lelaki membeli yang membeli seorang hamba dari hartanya yang paling baik dari emas dan wang, sambil dia berkata: Inilah rumahku, dan ini urusanku. Maka bekerjalah dan berkhidmatlah kepadaku. Tetapi si hamba telah bekerja dan berkhidmat bukan kepada tuannya. Maka siapakah antara kamu yang menyukai hamba seperti itu?

Kedua: Sesungguhnya Allah Taala memerintahkan kamu dengan solat. Apabila kamu bersolat janganlah kamu berpaling tadah. Sesungguhnya Allah mengadapkan wajahNya kepada wajah hambaNya di dalam solatnya selama dia tidak berpaling.

Ketiga: Dan Dia memerintahkan kamu berpuasa. Perumpaan keadaan itu seperti seorang lelaki ( ), dan sesungguhnya bau mulut orang berpuasa itu lebih harum dari kasturi.

Keempat: Dia memerintahkan kamu bersedekah. Perumpaan sedekah seperti seorang lelaki yang ditawan musuh dengan kedua tangannya diikat ke lehernya dan siap sedia untuk memancung lehernya, lalu dia berkata: Saya menebus diri saya dengan yang sedikit dengan yang banyak. Lalu terjaminlah dirinya dari musuhnya.

Kelima: Dan Allah memerintahkan kamu supaya berzikir kepadaNya. Sesungguhnya perumpamaan keadaan itu seperti seorang lelaki yang di datangi musuh yang menjejakinya sehingga sampai di kubu pihaknya, musuh tersebut berlalu darinya. Begitulah juga seorang hamba tidak akan terselamat daripada syaitan melainkan dengan berzikir kepada Allah Taala.

Lalu Rasulullah SAW bersabda: Dan daku memerintahkan kamu dengan lima perkara yang diperintahkan Allah pada diriku; Dengar dan taat, berjihad dan berhijrah dan berjemaah. Sesungguhnya seorang yang memisahkan jemaah sekadar sejengkal, bererti telah melonggarkan ikatan Islam dari tengkuknya sehinggalah dia kembali kepada jemaah. Dan sesiapa yang menyeru dengan seruan jahiliyah maka dia berada di jahannam.

Lalu berkata seorang lelaki: Sekali pun dia berpuasa dan bersolat wahai Rasulullah?

Rasulullah menjawab: Sekalipun dia berpuasa dan bersolat. Maka berserulah dengan seruan Allah yang telah menamakan kamu sebagai muslim dan mukmin itu sebagai hamba Allah Taala."

- Tarmizi, Ibn Khazimah, Ibn Habban dan Hakim

No comments:

Post a Comment